*Firman Allah Ta’ala:”Jika kamu nak m’hitung nikmat Allah, kamu
tidak mampu”[Ibrahim,14;34]
Sahabat2ku sekalian, cuba kita lihat kehidupan kita.. Subhanallah, apa yang Allah ta’ala kurniakan kpd kita, lebih dr apa yang kita harapkan sebenarnya.. jika kita kita lihat balik, sejak drp hari kelahiran kita, Allah ta’ala telah mengurniakan kita roh yang mana kita diberikan amanah untuk menggunanya sbg bnda yang dapat membantu kita melaksanakan amanah terbesar kita iaitu menjadi khalifah dimuka bumi ini. Namun, dalam banyak2 manusia diatas muka bumi ini, hanya sedikit sahaja yang telah mensyukuri nikmat roh tersebut, kebanyakan manusia tidak melaksanakan pun amanah tersebut bahkan ada yang buat tidak endah terhadap apa yang telah dijanjikannya.
Manusia sering memberikan alasan tidak tenang kerana tidak mampu
melaksanakan suatu tanggungjawab. Mereka menyangka, untuk mendapatkan
ketenangan hendaklah dengan memperolehi apa yang diimpikan.. sebagai contoh,
orang yang mempunyai banyak harta.. walaupun dengan mempunyai harta yang banyak
mereka, belum tentu mereka bahagia. Ramai orang yang berada dalam rumah yang
besar, tidur diatas katil yang lembut, tetapi dia tidak lebih enak ataupun
lenanya tidak nyenyak berbanding dengan
orang miskin yang selalu tidur di pondok yang buruk yang mana lebih lena
berbanding dengan kita.
Kata Hamka,:”lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat”.
Adakah dengan mempunyai harta yang banyak seperti yang saya sebutkan diatas,
hidup kita akan tenang? Belum tentu!!
Cuba kita lihat balik pada diri kita.. kadang2 kita pernah hilang
satu benda dalam kehidupan kita, kadang2 kita rasa seperti kita telah hilang
segala2nya.. cuba kita renung kembali, berapa banyak dalam kehidupan kita telah
lalui keperitan hidup? Cuba kita ingat balik, ketika dugaan melanda kita rasa
kita tidak mampu menghadapinya, tetapi pada hari ini Allah telah mengeluarkan
kita daripada penderitaan tersebut dalam keadaan yang baik.
Ketika kita pernah berkata,” Ya Allah! Tolonglah aku! Aku susah Ya Allah!” namun,
pada hari ini, semua perkataan2 itu telah kita lupakan. Dan kita pun telah lupa
untuk bersyukur kepadaNya.. dan ketika mereka berkata “ Wahai Fulan! Ada orang
nak mengkhianati engkau!!” kata Allah, iman mereka(Si Fulan) bertambah.. oleh
itu, xperlulah kita kata, “kenapalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?.. kata
Qur’an iman mereka bertambah.. mereka berkata “cukuplah bagi kami Allah, dialah
sebaik2 tempat diserahkan urusan”
Sebagai penutup bicara, ingin saya kongsikan satu video,, marilah sama2 kita hayatinya.. ^^