22 December 2010

Peristiwa Akhir Zaman

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun
oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita
bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar
dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada
orang-orang yang bertakwa

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh
Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air
mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini
adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda
pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya
seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia
akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh
dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah
yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah
sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah)
yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan
mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun
seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan
Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh
kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan
Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin
Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat
petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli
sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat
jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari
kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan

yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau
asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-
perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah
dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja
(jaitulab bid'ah hasanah).

2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Ertinya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau
berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan
keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab
dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah
terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari
dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti
bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan
binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi
saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari Muslimi

Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang- orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan
segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka
yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan
kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi
yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan
bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka,
dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya
dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya
dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak
bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu,
bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan
campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan
keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat
sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di
mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah
seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw.
menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di
waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-
musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab,
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada
hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat
Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5
penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan
bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.
Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu
untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum
muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran
dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan
'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna
tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala
"takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan
untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri
dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.

bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu
dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang
ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila
pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini
tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama.
Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan
bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk
menyelesaikannya.

5. GOLONGAN ANTI HADITH

Ertinya:

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk
bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada
hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran)
sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan
kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang
diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan
oleh Allah swt."
H.R. Abu Daud

Keterangan

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari
kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya
percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber
hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan
Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran
jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang
besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan
isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan
yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-
Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di
kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga
sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
H.R. Bukhari

Keterangan

Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah
swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi
demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan
mukminin dipermukaan bumi ini.

Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga
ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah
dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan
munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang
berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,
serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad
pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan
beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di
Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis
Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang
mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi
pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat
dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan
masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang
agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari
agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah
hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan
berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi
di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis
Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan
disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari
permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt.
Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan
tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu
hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku
hari qiamat

7. ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat
sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya.
Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua
pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari
pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada
orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen)
dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang
iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima
sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan
kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk
menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar.
Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain
bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari
masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai
umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

8. BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama
Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di
atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala
Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana
mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat
dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika
berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala
harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda,
"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu
pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila
diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu
menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?".
Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja
dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di
hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
H.R. Termizi

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu
masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang
pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka
tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan
demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau
semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita
Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk
kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah
swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak
melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan
kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita
sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita
dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk
menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa
yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah
mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua,
sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun
harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian
Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di
saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam
mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak
kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan.
Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan
bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka
menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang
bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan
berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum
Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu
berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan
bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana
sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia
melindunginya)".
H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan
menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun
orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan
rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam
kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum
Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-
makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi
penolongan kepada mereka

10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu
kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah
saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu
bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu.
Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui
panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya
Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau
bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam
hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian
ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah
bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat
seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan
dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi,
padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau
mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada
ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang
bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang
sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan,
"Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula
cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya
seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di
antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang
Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya
agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani
atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku
(maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang
kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-
hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli

   WALLAHUA'LAM

No comments:

Post a Comment

Syukran kerana membaca.Kalau xpuas hati ke,nk tambah ke..Bolehla komen kat ruangan ni..Tafaddhal

Blogger Wordpress Gadgets