Pengenalan Diri

~~ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...~~

Sebagai pengenalan diri:~~

FEEQ,nickname:Nik Taufeeq
~>blog ini ditubuhkan bertujuan untuk mengajak muslimin dan muslimat untuk mengenali islam dengan lebih teliti dan untuk mengajak umat islam untuk aktif dalam "bermujahadah"..  syukran kerana menghargai blog kami ^_^.. kemudian, ana ingin ucapkan terima kasih banyak2 kepada sahabat2 yang melawat blog ana yang x seberapa nih.. Ana juga turut bersyukur dengan blog ini kerana segala ilmu yang ana dapat,dapat ana kongsi. Dan blog ini juga tempat untuk ana ulangkaji balik/muhasabah diri ana ini.. Ana xnk tulis panjang2, tp juz sbg peringatan; jadikanlah kata yang baik itu sebagai laluan dan kata2 yg mungkar itu sbg penghalang.. InsyaAllah, drpd blog ini dapatlah kita bersama-sama berkongsi ilmu. Dan ilmu yang kita perolehi dapat kita kongsi dgn kwn2 kita yg xtahu apa yang kita ketahui.. sebenarNya kami buat blog nih bertujuan utk mmbina semula diri kita.. Kami juga membuat blog ini utk berkongsi ilmu.. ape yg kami perolehi terus kami msukkn ke dlm blog ini sbg draft kami.. Wallahu'alam..

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok perangai dan budi pekertiNya,,….
Apabila temanmu berubah dan bertukar kedaannya,jangan engkau tinggalkan dia,,…
Kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus,,…
Barangsiapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,
Maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya,,….
Barangsiapa menghendaki daripada sahabatnya seperti yang dikehendakinya,,…
Sesungguhnya ia telah mendatanagkan kepayahan kepadanya,…
Barangsiapa tidak menghendaki apa2 daripada sahabatnya…
Sesungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya…


Zack-Assalamualaikum.InsyaAllah,ckuplah skdr mengetahui nickname ana iaitu Muzakkir.Sahabat sebenar adlah mereka yg memberi teguran dan nasihat kpd sahabat mereka dan ketahuilah sahabat itu umpama pakaian yg mmbantu pemakainya berasa selesa serta menutup keaibannya.Ukhuwah itu umpama seutas tasbih,ada awal dan tiada penghujungnya.Dicipta utk zikir kpdNya,utk mengingatinya,dibahagikan utk cintanya.Tak kenal maka Ta'aruf..Cukupla skdr ini..Salam ukhuwwah Fillah..Wallahua'lam

terdetik di qolbu,
tuk meluahkn ape yg terbuku,
akn ku nukilkan,
segala mutiara ilmu,
ingin ku atur bicara,
agar tiada yang terasa,
Kerana ALLAH,ana menyintaimu,Sahabatku!!

Nash-Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wr wbr. Ana lebih suka dikenali sebagai Khairu Annas. Apakah itu sahabat? Sahabat adalah mutiara hati. Benarlah kata-kata Muzakkir. 'Sahabat sebenar adalah mereka yang memberi teguran dan nasihat kepada sahabat mereka'. Mutiara hati inilah kita mahukan. Harganya tidak ternilai. Ilmu atau nasihat yang diberikan sahabat kita merupakan hadiah yang tidak ternilai harganya. Setiap kali kita mengamalkan nasihat dia, dia juga akan memperoleh pahala yang sama. Ketahuilah wahai ikhwah dan akhawat sekalian, tiada istilah 'rugi' dalam Ukhuwah.Jadi janganlah sia-siakan peluang ini. Sesungguhnya Ukhuwwah ini tiada penghujungnya.....Salam Taaruf dari ana..WaAllahua'lam.


Kian aku melihatnya dengan mata ini,
Kian terasa hati ini mengenangkan jasanya,
Ingin sesekali aku menahan ukhuwwah ini selama-lamanya,
Walau diri ini tersiksa dengan realiti kehidupan.
Yang ada hanyalah sekalung mutiara hati,
Yang membimbing diri ini ke jalan yang benar.
Tidak sesekali ku sia-siakan persahabatan ini,
Kerana persahabatan ini adalah kerana Allah taala.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat mu ya Allah.
Amin...
Ukhuwah,tiada penghujung.Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke Syurga





Blogger Wordpress Gadgets