16 November 2012

Hati+Iman=tenang, Hati+kufur=sesat *.*??


 Hati ini, apabila tidak diisi. Lama kelamaan akan kekosongan juga. Seperti gelas, jika tidak ada sesuatu yang mengisinya, maka kosonglah gelas itu.. jika diisi didalam gelas itu mengandungi air yang jernih lalu diisi dengan air yang berwarna hitam, pasti hasil air yang jernih itu bertukar warnanya kepada warna hitam.. begitu juga jika air yang hitam diisi dengan air yang jernih, nescaya hitam jugalah hasilnya.. itulah yang dapat kita ibaratkan dengan hati kita, sekiranya hati yang suci itu diisi dengan kekotoran, hasilnya sudah pasti kejahatan yang akan dilakukan.. begitu juga dengan hati yang masih mempunyai sisa kekotoran, jika diisi dengan kebaikan pun, sudah pasti kejahatan itu masih dia lakukan..

Disini ana ingin kongsikan beberapa perkara berkenaan dengan hati. Seseorang yang mempunyai keinginan untuk berubah kepada kebaikan, sekiranya dia masih menyimpan kerinduan terhadap kejahatan yang dilakukan, usahlah dia berharap dia akan berubah, kerana sisa kejahatan yang ada pada hati itu boleh merebak pada bila2 masa sahaja. Sebab itulah, kita dapat lihat diluar sana, orang jahat yang berubah jadi baik hanya sementara, kemudian dia kembali melakukan kejahatan yang terdahulu. Oleh itu, jika kita ingin berubah, buanglah segala kerinduan terhadap kemungkaran itu, dan isilah kerinduan kita dengan segala kebaikan agar kesucian hati ini terjaga.

Firman Allah Ta`ala
Dialah(Allah) yang telah menurunkan ketenangan kedalam hati orang2 mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka(yang telah ada)
Untuk melabelkan kita sebagai orang beriman, perbanyakkanlah melakukan amalan2 yang soleh seperti yang telah disebutkan tadi.

Pada hati mereka(orang kafir) terdapat penyakit, kemudian kami tambahkan lagi penyakit..”
Inilah balasan apabila terdapat kekufuran pada hati seseorang manusia.

Akhir kalam, marilah sama2 kita muhasabah balik diri kita adakah kita merupakan golongan yang beriman atau sebaliknya.. alangkah indahnya jika kita tergolong dalam golongan yang beriman kerana Allah telah menjanjikan pelbagai nikmat diakhirat kelak dan ruginya kita seandainya kita merupakan orang yang tergolong dalam golongan kafir kerana diatas dunia ini Allah ta’ala telah membutakan mata hati mereka kerana kebongkakkan dan kesombongan mereka. Oleh itu, sahabat2 yang ana kasihi sekalian marilah sama kita mempertingkatkan amalan2 kita agar semakin kuat keimanan kita InshaAllah..    

WallahuA`lam ^_^,,  Nick_Abdullah96…

03 August 2012

Soal jawab CiNTa~


Soal Jawab “Cinta”
Assalamualaikum wbt.

Ana ade masalah tentang hubungan, ana menyukai seorang lelaki yang bernama ******
Ana mula menyukai dia sejak dia menjadi imam dalam solat jemaah di suatu tempat, suara dia membaca ayat2 suci al-qur’an telah menarik minat ana terhadap dia.. setelah lama kami berkenalan, ana dapat lihat perubahan yang pelik berlaku pada diri dia. Semakin hari dia menjadi semakin teruk, bermula daripada dia semakin kurang mengerjakan ibadah kepada Allah seperti membaca Al-Qur’an dsb. Sikap Si dia yang berubah juga membuatkan ana meluat. Tetapi, didalam hati ana masih lagi terpahat nama dia sbb dialah “Cinta Pertama” ana. Jadi, ana nak minta pendapat daripada Khilafah Islamiah tentang bagaimana caranya untuk ana kembalikan sikapnya yang dahulu dan cara untuk ana hentikan semua ini sebelum keadaaan bertambah teruk..
                                                                                                                           -Si_Fulan-


Jawapan: tentang masalah enti ni mudah saja sebenarnya. Sebelum ana teruskan, ana nak berkongsi satu petikan daripada ayat al-qur’an yang bermaksud “Dan janganlah kamu dekati zina kerana ia perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”, daripada ayat ini kita dapat tahu ia berkenaan zina.

 Menurut beberapa pendapat, zina adalah satu hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak terikat dengan pernikahan. Oleh itu, hubungan enti dengan lelaki itu boleh dikategorikan sebagai zina, iaitu zina kecil yang mana mampu membawa kepada zina yang lebih besar. 

Tentang zina lain cerita, sekarang ni berkenaan CinTa kan?.. ok, macam ni enti rasa apakah punca lelaki yang enti cintai itu berubah menjadi teruk? Adakah disebabkan dosa dia dengan kedua ibubapa dia atau gurunya? Baiklah, cuba enti cari perkara yang paling jelas dahulu sebelum enti menilainya.. apakah yang menyebabkan dia jadi begitu, bukankah sebelum dia mulakan hubungan dengan enti dia lebih baik daripada sekarang? Jadi, punca lelaki tersebut menjadi begitu mungkin disebabkan enti sendiri!! Hubungan enti dengan dia telah mengubah cintanya yang agung(Allah) dengan cintakan manusia. 

Pernah seorang lelaki menceritakan kepada ana masalah dia, dia pernah berkapel dengan seorang perempuan yang dianggap solehah disekolahnya. Namun, setelah lama dia berkenalan, baru dia sedar yang perempuan itu sebenarnya sudah tidak solehah lagi sebab dia sendiri pun ingkar dengan Allah yang melarang manusia untuk berhubung tanpa ikatan pernikahan. 

Jadi, kita kembali semula kepada soalan enti tadi, cara untuk ubah lelaki itu sebenarnya bergantung kepada setakat mana enti cuba untuk hentikan hubungan enti dengan Si dia. Kalau enti nak buang terus perasaan cinta enti terhadap dia itu, sememangnya enti tidak mampu. Kenapa? Kerana perasaan kasih dan sayang itu sudah menjadi fitrah manusia, lebih2 lagi sewaktu alam remaja ini. Yang kita mampu lakukan sekarang ini cumalah mengawal perasaan cinta itu dan kembalikan rasa cinta kita yang utama hanyalah kepada Allah Ta’ala.

Dari segi hubungan enti sekarang ini, sekiranya enti sudah bersedia untuk melepaskannya, mulai dari sekarang enti cubalah bagi teguran sedikit demi sedikit kepada lelaki itu agar dia sendiri pun kembali ke jalannya. Dan ingatlah janji Allah Ta’ala dalam surah AnNur, lelaki baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
Akhir kalam, ingatlah sekiranya kita mencintai sesuatu perkara seperti harta kita, keluarga kita, ataupun isteri kita, kita perlu letakkan cinta kita terhadap semua itu kepada satu, iaitu cinta semuanya kerana Allah Ta’ala agar kita sentiasa terpelihara daripada perbuatan2 maksiat… Wallahu A’lam

30 June 2012

Nikmat VS. Derita



*Firman Allah Ta’ala:”Jika kamu nak m’hitung nikmat Allah, kamu tidak mampu”[Ibrahim,14;34]


Sahabat2ku sekalian, cuba kita lihat kehidupan kita.. Subhanallah, apa yang Allah ta’ala kurniakan kpd kita, lebih dr apa yang kita harapkan sebenarnya.. jika kita kita lihat balik, sejak drp hari kelahiran kita, Allah ta’ala telah mengurniakan kita roh yang mana kita diberikan amanah untuk menggunanya sbg bnda yang dapat membantu kita melaksanakan amanah terbesar kita iaitu menjadi khalifah dimuka bumi ini. Namun, dalam banyak2 manusia diatas muka bumi ini, hanya sedikit sahaja yang telah mensyukuri nikmat roh tersebut, kebanyakan manusia tidak melaksanakan pun amanah tersebut bahkan ada yang buat tidak endah terhadap apa yang telah dijanjikannya.

Manusia sering memberikan alasan tidak tenang kerana tidak mampu melaksanakan suatu tanggungjawab. Mereka menyangka, untuk mendapatkan ketenangan hendaklah dengan memperolehi apa yang diimpikan.. sebagai contoh, orang yang mempunyai banyak harta.. walaupun dengan mempunyai harta yang banyak mereka, belum tentu mereka bahagia. Ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur diatas katil yang lembut, tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak  berbanding dengan orang miskin yang selalu tidur di pondok yang buruk yang mana lebih lena berbanding dengan kita.

Kata Hamka,:”lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat”. Adakah dengan mempunyai harta yang banyak seperti yang saya sebutkan diatas, hidup kita akan tenang? Belum tentu!!

Cuba kita lihat balik pada diri kita.. kadang2 kita pernah hilang satu benda dalam kehidupan kita, kadang2 kita rasa seperti kita telah hilang segala2nya.. cuba kita renung kembali, berapa banyak dalam kehidupan kita telah lalui keperitan hidup? Cuba kita ingat balik, ketika dugaan melanda kita rasa kita tidak mampu menghadapinya, tetapi pada hari ini Allah telah mengeluarkan kita daripada penderitaan tersebut dalam keadaan yang baik. 

Ketika kita pernah berkata,” Ya Allah!  Tolonglah aku! Aku susah Ya Allah!” namun, pada hari ini, semua perkataan2 itu telah kita lupakan. Dan kita pun telah lupa untuk bersyukur kepadaNya.. dan ketika mereka berkata “ Wahai Fulan! Ada orang nak mengkhianati engkau!!” kata Allah, iman mereka(Si Fulan) bertambah.. oleh itu, xperlulah kita kata, “kenapalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?.. kata Qur’an iman mereka bertambah.. mereka berkata “cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik2 tempat diserahkan urusan”

Sebagai penutup bicara, ingin saya kongsikan satu video,, marilah sama2 kita hayatinya.. ^^

18 May 2012

CERITA SUKA DAN DUKA..


Hari demi hari..
Minggu demi minggu..
Bulan demi bulan.. Banyak perubahan yang telah berlaku disekeliling saya yang tidak menyenangkan jika diingat semula.. walau apa pun, perkara itu sudah pun lepas buat apa perlu saya ungkitkan kan?.. apa yang perlu saya lakukan sekarang ini ialah fikirkan cara bagaimana untuk saya membina semula ketamadunan kawan2 saya yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai zaman kebangkitan sekolah kami.. setelah saya renung kembali, teringat saya akan pesanan ustaz Ahmad yang memberitahu saya..”kalau enta nak bina balik sep2 enta, pertamanya enta kena perbetulkan diri enta dahulu”…
Daripada kata2 ustaz Ahmad itu amat menarik perhatian saya untuk membuat seperti apa yang dikatakan oleh dia.. tapi setelah mencuba berkali2 masih tidak ada hasil/kesan t’hadap diri saya.. jadi, saya berjumpa balik dengan Ustaz Ahmad untuk meminta bantuan.. ustaz Ahmad kemudiannya memberitahu saya “kalau enta nak buat perubahan pada diri enta, xleh secara ‘drastik’(mengejut).. ttpi enta mestilah mulakan dengan perbuatan yang sunat2 dahulu.. kemudian barulah susuli dengan perbuatan yang wajib(Da’wah)”.. daripada kata2 Ustaz Ahmad itu saya agak teruja dan mulakan langkah baru dengan amalan2 yg mudah2/sunat dahulu.. walaupun begitu, saya xbolehlah mengharapkan amalan2 saya yang sedikit itu seandainya saya tidak beramal secara Istiqamah ^_^..

Istiqamah2.. kenapa susah nak istiqamah ekk???,..
Beberapa hari lalu, sewaktu hati ini masih dalam kegelisahan akibat tidak berpuas hati dengan rumah sukan, saya ada berjumpa dengan seorang sahabat saya.. sewaktu wajah sedih yang saya tonjolkan itu, dia perasan terdapat perubahan pada tingkahlaku saya, lalu dia bertanya kpd saya “kenapa enta Nampak gelisah pelik nih??”.. saya pun apa lagi kan? Saya pun cakap lah kat dia, “ana nih xtenteram sbb susah sangat nak kekalkan amalan2 harian ana.. kadang2 tu sampai xnak dah buat bnde2 baik cmnih ..” dia memberitahu saya, “dalam menjalankan kehidupan seharian kita, kita hendaklah membuat jadual yang sesuai”… kemudian, beberapa hari selepas itu saya telah Berjaya membuat jadual harian saya namun, masalah yang sama belum lagi di’settle’kan.. sejurus drp itu, saya pergi berjumpa dengannya semula untuk meminta bantuan, dia cakap kat saya “sekiranya enta nak b’istiqamah dalam melakukan amalan2 harian, enta kenalah ada mujahadah dalam diri enta barulah nnti nak istiqamah pun mudah”…
 saya pun Tanya dia balik apa itu mujahadah.. dia cakap mujahadah itu adalah kesanggupan yang memaksa diri, yang mengorbankan masa, tenaga dan harta.. sama seperti perang la pulak kalau difikirkan balik, sememangnya seperti berperang kerana mujahadatunlinafsih sendiri b’maksud bermujahadah melawan hawa nafsu.. samalah seperti berperang.. Cuma yang membezakannya peperangan dengan nafsu dengan  jiwa…
Ulamak2 zaman kegemilangan islam suatu ketika dahulu pun kuat jugak dalam b’mujahadah,, sbb macam mana kita kenal perkataan mujahadah itu kalau bukan mereka yang mengolah balik drp Al-qur’an dan hadis tentang b’mujahadah itu sendiri kan?.. jadi, mujahadah itu amat penting  dalam membentuk mukmin yang professional.. kita dapat mengambil contoh ulamak2 yang kuat b’mujahadah seperti Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Syed Qutb dan ramai lagi ulamak2 imam2 yang mana sewaktu mereka hidup, mereka mengharungi pelbagai ranjau hidup yang membawa diri mereka kedalam sangkar besi ttpi mereka masih lagi mampu membawa islam itu sendiri.. itulah dia “mujahadah”, sekiranya ulamak2 Islam tidak melangkah kehadapan bersama2 dengan “mujahadah”, nescaya islam tidak akan sampai kepada kita..

Kesimpulannya, setiap perbuatan kita ini tidak akan mampu berterusan(istiqamah) sekiranya kita tidak susulinya dengan mujahadah.. sebagai contoh, minggu ni kita target menghafaz Al-Qur’an setengah juz, sekiranya kita tidak ada kesanggupan untuk menghabiskan masa, tenaga dan harta kita, target kita untuk menghafaz itu xakan tercapai.. itu sahaja yang mampu saya kongsikan…   Wallahu’Alam  ^_^.. ~Nick_Abdullah96~

17 March 2012

Malu?


Perasaan malu adalah pengalaman universal, yang pernah dialami oleh hampir setiap  orang sama ada ketika kanak-kanak atau setelah dewasa. Walau bagaimanapun ada sesetengah kanak-kanak atau orang dewasa mempunyai perasaan malu yang keterlaluan berbanding orang lain di dalam hal-hal yang tidak sepatutnya mereka merasa malu. Sebagai contoh, ada orang yang terlalu malu sehingga tidak sanggup pergi ke restoran, tidak sanggup memandang muka orang lain dan ada yang sanggup memilih untuk mati daripada bercakap di hadapan khalayak. Malu adalah diantara tingkah laku yang banyak dikaji oleh pakar-pakar psikologi dari semasa ke semasa.

Namun, berbeza pula malu menurut islam. Sifat malu menurut kaca mata islam adalah malu kepada Allah. Dalam hal ini, Rasulullah menegaskan dalam satu hadith yang bermaksud;

“ Malulah kamu kepada Allah yang sebenar-benar malu. Kami ( para sahabat ) menjawab : sesungguhnya kami sememangnya malu kepada Allah, Alhamdulillah. Ujar baginda; Bukan itu...malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu itu adalah menyaring suatu yang memasuki kepala dan perut kamu, mengingati mati dan kehancuran tubuh badan apabila memasuki kubur nanti. Siapa yang berkehendakkan akhirat, dia perlu tinggalkan perhiasan dunia yang berlebihan dan memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sementara. Maka siapa yang benar-benar melakukan demikian, sesungguhnya dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”-(( Hadith daripada at-Tirmizi ))-

Sifat malu ini menduduki martabat yang tinggi di sisi Allah. Ia merupakan asas bagi segala kebajikan. Ia juga adalah unsur kemuliaan bagi setiap amalan yang dilakukan oleh seorang muslim. Sehubungan itu, sabda Rasulullah yang bermaksud;
“ Tiada sesuatu yang mengiringi kekotoran lidahnya melainkan ia menghodohkannya tiada suatu yang diiringi dengan sifat malu melainkan ia mencantikkannya.”
-(( Hadith daripada at-Tirmizi ))-
Tiada satu amalan kebajikan pun dalam islam melainkan ada ganjaran pahala yang menantinya. Begitulah juga sifat malu ini. Kita perlu sedar peranan malu dalam kehidupan orang islam. iIa harus ditingkatkan secara positif sehingga ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Malu juga merupakan salah satu daripada akhlak2 mulia yang diterapkan oleh agama islam. Dari Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri radhiallahu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’"

Malu,malu,malu... malu terdapat banyak maksud disebalik perkataan al-hayaa.. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, "Malu berasal dari kata hayaah (hidup), dan ada yang berpendapat bahwa malu berasal dari kata al-hayaa (hujan), tetapi makna ini tidak masyhûr. Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu orang tersebut. Begitu pula dengan hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Sehingga setiap kali hati hidup, pada saat itu pula rasa malu menjadi lebih sempurna."

Malu Yang Mulia
“Eh Man, kaulah yang tanyakan soalan tu kat lecturer. Aku malu ni, cakap bahasa Inggeris tergagap-gagap.” “Malunya aku! Tadi masa tengah gelak di library, ada orang tegur minta senyap sikit.” 
Begitu malu yang kita tahu. Ayat-ayat di atas pula cumalah sebahagian kecil cerita tentang malu yang berkisar dalam masyarakat kita, terutama dalam konteks hidup seorang pelajar.
Namun, pernahkah terdetik di hati kecil; apakah malu sekadar itu? Ataupun malu yang sebenar jauh berbeza daripada apa yang kita fahami sejak dari dulu?

KONSEP MALU 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang daripada iman.” ( Riwayat al- Baihaqi)

Meskipun ringkas, namun hadith di atas cukup untuk mendefinisikan kedudukan malu yang sebenar dalam Islam; iaitu satu akhlak yang lahir sebagai manifestasi iman yang ada di jiwa.
Rasulullah s.a.w juga pernah berdialog dengan para sahabat dalam sebuah majlis.

Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.”
(Riwayat Imam At-Tirmizi)
Pendek kata, dengan sifat malu yang mulia ini, seseorang yang beriman itu mampu untuk menahan diri daripada perkara yang memalukan menurut pandangan syarak meskipun perkara tersebut tidak dikira mengaibkan oleh manusia.

TELADAN DARI GENERASI LALU
Dalam menterjemahkan konsep malu sebenar, generasi yang hidup di zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat adalah contoh terbaik yang boleh kita ambil. Antaranya:

Nilai malu dalam kisah pensyariatan solat
Di saat Rasulullah dimikrajkan ke Sidratul Muntaha, Baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t agar umatnya mendirikan solat sebanyak 50 kali sehari. Tetapi Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umatnya. Baginda kemudiannya meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada 5 kali sehari semalam. Saat itu, baginda diberitahu sekali lagi bahawa solat yang 5 kali itu pun masih dikira berat. Namun, atas dasar malu, baginda tidak kembali untuk meminta keringanan daripada Allah SWT sekali lagi. Dan inilah antara contoh sifat malu yang ada pada diri Baginda iaitu malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya.

Kisah Saidina Ali r.a
Saidina Ali r.a tidak pernah melihat auratnya sendiri, apatah lagi melihat aurat manusia lain. Antara kisah yang menggambarkan sikap Ali r.a ini adalah ketika peperangan Uhud. Sebagaimana tradisi peperangan dahulu, perang biasanya dimulakan dengan perlawanan satu lawan satu antara panglima kedua-dua belah pihak.

Maka dalam peperangan Uhud itu, pihak musyrikin telah menghantar wakilnya Talhah bin Uthman sebagai panglima yang akan mara ke hadapan dan kaum Muslimin pula diwakili oleh Saidina Ali r.a. Pada awal perlawanan panglima kafir Quraisy telah mencabar tentera Islam:
“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!” Laung panglima itu.
Tanpa berlengah Saidina Ali r.a dengan berani menyahut cabaran itu.
“Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kau sehinggalah pedangku ini menghantarmu ke neraka atau pedangmu menghantarku ke syurga!”
Sejurus kemudian, berlakulah pertempuran sengit antara panglima kedua-dua belah pihak. Jika dinilai dari segi usia, Saidina Ali r.a lebih muda berbanding panglima si Kafir. Namun, berkat kesungguhan dan semangat beliau untuk membela agama tercinta, akhirnya dia berjaya menumpaskan Talhah bin Uthman dengan memancung kakinya.
Serentak itu, Rasulullah s.a.w serta para sahabat bertakbir apabila melihat Talhah bin Uthman tersungkur ke bumi bersama keangkuhannya.
Akan tetapi, pada satu masa yang lain Saidina Ali r.a tidak jadi membunuh panglima Quraisy dan lantas bertemu Rasulullah s.a.w. Maka berlakulah dialog antara baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali r.a.
“Kenapa engkau tidak membunuhnya wahai Ali?”
“Ya Rasulullah SAW, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.”
Begitulah hebatnya tarbiyyah Rasulullah s.a.w. Iman para sahabat sungguh teguh sehinggakan ketika bertempur di medan perang juga mereka masih faham apa itu erti malu. Malah mereka itu jauh lebih berani dan lebih malu daripada kita bak langit dengan bumi jaraknya!

DUNIA HARI INI DAN MALU YANG TELAH DISALAH ERTI
Namun, lantaran menilai malu dari kaca mata adat setempat, masyarakat hari ini terutamanya Muslim itu sendiri telah salah faham akan konsep malu yang hakiki. Fikirkan misalan ini. Jika di dalam suatu kelas yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan, serta semua pelajar perempuannya memakai skirt paras lutut, maka adatnya adalah tidak mengapa untuk memakai skirt sebegitu. Dari sini timbullah kefahaman bahawa tidak perlu malu untuk memakai skirt pendek, atau lebih tepat lagi tidak perlu malu untuk tidak menutup aurat walhal hal ini amatlah menyalahi konsep malu yang diajar dalam Islam.

Hilangya rasa malu juga adalah punca utama gejala maksiat. Buktinya, persepsi tentang perlakuan yang tidak didasari erti malu menurut Islam inilah yang menjadikan umat islam hari ini bergaul bebas antara bukan muhrim, sentuh menyentuh, berkhalwat dan mengutamakan kehendak hati semata-mata. Akhirnya, hawa nafsulah yang mengalahkan perasaan malu.

Selain itu, kita selalu lebih malu dengan manusia daripada malu dengan Allah. Banyak keburukan diri cuba kita sembunyikan sebaik-baiknya daripada pengetahuan umum, tetapi saat sendirian kita menikmatinya tanpa rasa bersalah. Contohnya, perbuatan mencuri atau mengumpat tidak mungkin akan dilakukan jika sedang dilihat atau didengar oleh orang lain. Menderhakai ibu bapa juga tidak mungkin terang-terangan dilakukan jika di sekelilingnya ada saudara mara atau orang awam.

Apakah mungkin kerana kita beranggapan Allah memang sudah mengetahui semuanya, oleh itu tiada rasa malu yang kita hadirkan kepada-Nya? Atau mungkinkah kita menyangka Allah lebih memahami situasi kita, maka itu menjadi alasan untuk hilang rasa malu dengan-Nya? Jarang sekali kita sedari bahawa Allah yang Maha Mengetahui sebenarnya boleh sahaja membuka rahsia dosa kita bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.

Perhatikan pula tentang ini. Ibnul Qayyim menasihatkan bahawa untuk tidak terjerumus dalam lembah maksiat ialah supaya merasa malu kepada Allah. Dengan cara ini seorang hamba akan sedar bahawa Allah selalu mengawasi dirinya dan apabila dia menyedari bahawa perbuatannya dilihat dan didengar oleh Allah, maka tentu sahaja dia akan malu apabila melakukan hal yang boleh mengundang murka-Nya.

Jadi kesimpulannya, malu dalam erti kata yang sebenar adalah malu yang menjadikan kita berbuat sesuatu yang Allah redha dan meninggalkan apa yang dibenci-Nya. Namun, tidak banyak yang mampu diulas dalam bingkisan ringkas ini dan biarlah perkongsian yang sedikit ini menjadi pencetus untuk kita akhirnya menghargai sifat malu dan beriltizam dengannya kelak, inshaAllah.

Wallahu’alam. [sebahagian daripada perkongsian ini diambil drp beberapa halaman]





19 January 2012

Astaghfirullah....

Assalamualaikum kpd pembaca2 sekalian,,
dalam tidak sedar,telah banyak dosa yg kita lakukan,,
dan dengan dosa yg banyak itu,
tiada satu cara pun yg kita pernah fikirkan utk menyelesaikanNya...
jadi ana disini ingin mengajak pembaca sekalian..buka video dibawah...
 Tarik nafas kemudian cuba bernafas dengan perlahan2..
kemudian sama2 kita tutup mata, ingatkan balik apa yg kita telah buat pd hari ini...
Mesej drp hati:
*"wahai tuan pemilik tubuh, apakah engkau tidak sedari..pada hari ini engkau telah menyalahgunakan aku utk mengingati perempuan2 yg hanyalah sbg ujian kpdMu didunia"
*"wahai tuan pemilik tubuh, pada waktu ini engkau sedang cuba memadamkan titik2 hitam yg ada pada aku..aku begitu terkilan apabila engkau berbuat demikian.."
*"wahai tuan pemilik tubuh, aku teringat balik kata2 drp ustaz kamu yg meng'highlightKan' 3jenis lelaki yg dilaknat oleh Allah diakhirat kelak, iaitu salah satuNya lelaki yg DAYUS.."
*"wahai tuan pemilik tubuh, telah lama ingin ak bertanya kpd kamu.. adakah selama ini kamu sentiasa menggunakan aku dalam amalanMu seharian? menggunakan aku dengan satu perasaan yg sungguh nikmat(IKHLAS) sehinggakan kita dapat rasai bersama, bukan setakat kita berdua sahaja malahan org disekeliling kamu sendiri"
*"wahai tuan pemilik tubuh, adakah engkau telah melaksanakan t'jawab yg tuhanMu berikan kepadaMu sbg seorg Anak@Abg@Kakak@pimpinan sekolah?"
*"soalan terakhir aku kpdMu wahai tuan pemilik tubuh, adakah sesi muhasabah b'sama zikir ini adalah satu peluang sahaja utk aku luahkan perasaan aku padaMu?? bukanKah lebih baik kita sentiasa bersama?,agar engkau dapat menjagaKu drp biasan2 dosa yg org lain lakukan... kemudian, agar kita dapat bersama2 membantu org lain pula menyelesaikan masalah2 mereka yg melibatkan kawan-kawanKu(hati)..."

Hati adalah satu perkara yang amat sensitif dengan dosa sekiraNya antum sentiasa menjaga hati2 antum.. BuktiNya, cuba antum hayati zikir diatas dan bernafas dengan penuh ketenangan.. pasti, ade terdetik di hati satu perasaan sayu yang kadang2 kita xpernah  rasai pun selama ini... oleh itu, ana disini mengajak pembaca2 sekalian agar sentiasa muhasabah diri antum dan sentiasa mengikhlaskan hati melakukan setiap amalan2 antum semata2 kerana Allah... WallahuA'lam~~Nick_96....
Blogger Wordpress Gadgets