03 August 2012

Soal jawab CiNTa~


Soal Jawab “Cinta”
Assalamualaikum wbt.

Ana ade masalah tentang hubungan, ana menyukai seorang lelaki yang bernama ******
Ana mula menyukai dia sejak dia menjadi imam dalam solat jemaah di suatu tempat, suara dia membaca ayat2 suci al-qur’an telah menarik minat ana terhadap dia.. setelah lama kami berkenalan, ana dapat lihat perubahan yang pelik berlaku pada diri dia. Semakin hari dia menjadi semakin teruk, bermula daripada dia semakin kurang mengerjakan ibadah kepada Allah seperti membaca Al-Qur’an dsb. Sikap Si dia yang berubah juga membuatkan ana meluat. Tetapi, didalam hati ana masih lagi terpahat nama dia sbb dialah “Cinta Pertama” ana. Jadi, ana nak minta pendapat daripada Khilafah Islamiah tentang bagaimana caranya untuk ana kembalikan sikapnya yang dahulu dan cara untuk ana hentikan semua ini sebelum keadaaan bertambah teruk..
                                                                                                                           -Si_Fulan-


Jawapan: tentang masalah enti ni mudah saja sebenarnya. Sebelum ana teruskan, ana nak berkongsi satu petikan daripada ayat al-qur’an yang bermaksud “Dan janganlah kamu dekati zina kerana ia perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”, daripada ayat ini kita dapat tahu ia berkenaan zina.

 Menurut beberapa pendapat, zina adalah satu hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak terikat dengan pernikahan. Oleh itu, hubungan enti dengan lelaki itu boleh dikategorikan sebagai zina, iaitu zina kecil yang mana mampu membawa kepada zina yang lebih besar. 

Tentang zina lain cerita, sekarang ni berkenaan CinTa kan?.. ok, macam ni enti rasa apakah punca lelaki yang enti cintai itu berubah menjadi teruk? Adakah disebabkan dosa dia dengan kedua ibubapa dia atau gurunya? Baiklah, cuba enti cari perkara yang paling jelas dahulu sebelum enti menilainya.. apakah yang menyebabkan dia jadi begitu, bukankah sebelum dia mulakan hubungan dengan enti dia lebih baik daripada sekarang? Jadi, punca lelaki tersebut menjadi begitu mungkin disebabkan enti sendiri!! Hubungan enti dengan dia telah mengubah cintanya yang agung(Allah) dengan cintakan manusia. 

Pernah seorang lelaki menceritakan kepada ana masalah dia, dia pernah berkapel dengan seorang perempuan yang dianggap solehah disekolahnya. Namun, setelah lama dia berkenalan, baru dia sedar yang perempuan itu sebenarnya sudah tidak solehah lagi sebab dia sendiri pun ingkar dengan Allah yang melarang manusia untuk berhubung tanpa ikatan pernikahan. 

Jadi, kita kembali semula kepada soalan enti tadi, cara untuk ubah lelaki itu sebenarnya bergantung kepada setakat mana enti cuba untuk hentikan hubungan enti dengan Si dia. Kalau enti nak buang terus perasaan cinta enti terhadap dia itu, sememangnya enti tidak mampu. Kenapa? Kerana perasaan kasih dan sayang itu sudah menjadi fitrah manusia, lebih2 lagi sewaktu alam remaja ini. Yang kita mampu lakukan sekarang ini cumalah mengawal perasaan cinta itu dan kembalikan rasa cinta kita yang utama hanyalah kepada Allah Ta’ala.

Dari segi hubungan enti sekarang ini, sekiranya enti sudah bersedia untuk melepaskannya, mulai dari sekarang enti cubalah bagi teguran sedikit demi sedikit kepada lelaki itu agar dia sendiri pun kembali ke jalannya. Dan ingatlah janji Allah Ta’ala dalam surah AnNur, lelaki baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
Akhir kalam, ingatlah sekiranya kita mencintai sesuatu perkara seperti harta kita, keluarga kita, ataupun isteri kita, kita perlu letakkan cinta kita terhadap semua itu kepada satu, iaitu cinta semuanya kerana Allah Ta’ala agar kita sentiasa terpelihara daripada perbuatan2 maksiat… Wallahu A’lam

No comments:

Post a Comment

Syukran kerana membaca.Kalau xpuas hati ke,nk tambah ke..Bolehla komen kat ruangan ni..Tafaddhal

Blogger Wordpress Gadgets