Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

16 November 2012

Hati+Iman=tenang, Hati+kufur=sesat *.*??


 Hati ini, apabila tidak diisi. Lama kelamaan akan kekosongan juga. Seperti gelas, jika tidak ada sesuatu yang mengisinya, maka kosonglah gelas itu.. jika diisi didalam gelas itu mengandungi air yang jernih lalu diisi dengan air yang berwarna hitam, pasti hasil air yang jernih itu bertukar warnanya kepada warna hitam.. begitu juga jika air yang hitam diisi dengan air yang jernih, nescaya hitam jugalah hasilnya.. itulah yang dapat kita ibaratkan dengan hati kita, sekiranya hati yang suci itu diisi dengan kekotoran, hasilnya sudah pasti kejahatan yang akan dilakukan.. begitu juga dengan hati yang masih mempunyai sisa kekotoran, jika diisi dengan kebaikan pun, sudah pasti kejahatan itu masih dia lakukan..

Disini ana ingin kongsikan beberapa perkara berkenaan dengan hati. Seseorang yang mempunyai keinginan untuk berubah kepada kebaikan, sekiranya dia masih menyimpan kerinduan terhadap kejahatan yang dilakukan, usahlah dia berharap dia akan berubah, kerana sisa kejahatan yang ada pada hati itu boleh merebak pada bila2 masa sahaja. Sebab itulah, kita dapat lihat diluar sana, orang jahat yang berubah jadi baik hanya sementara, kemudian dia kembali melakukan kejahatan yang terdahulu. Oleh itu, jika kita ingin berubah, buanglah segala kerinduan terhadap kemungkaran itu, dan isilah kerinduan kita dengan segala kebaikan agar kesucian hati ini terjaga.

Firman Allah Ta`ala
Dialah(Allah) yang telah menurunkan ketenangan kedalam hati orang2 mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka(yang telah ada)
Untuk melabelkan kita sebagai orang beriman, perbanyakkanlah melakukan amalan2 yang soleh seperti yang telah disebutkan tadi.

Pada hati mereka(orang kafir) terdapat penyakit, kemudian kami tambahkan lagi penyakit..”
Inilah balasan apabila terdapat kekufuran pada hati seseorang manusia.

Akhir kalam, marilah sama2 kita muhasabah balik diri kita adakah kita merupakan golongan yang beriman atau sebaliknya.. alangkah indahnya jika kita tergolong dalam golongan yang beriman kerana Allah telah menjanjikan pelbagai nikmat diakhirat kelak dan ruginya kita seandainya kita merupakan orang yang tergolong dalam golongan kafir kerana diatas dunia ini Allah ta’ala telah membutakan mata hati mereka kerana kebongkakkan dan kesombongan mereka. Oleh itu, sahabat2 yang ana kasihi sekalian marilah sama kita mempertingkatkan amalan2 kita agar semakin kuat keimanan kita InshaAllah..    

WallahuA`lam ^_^,,  Nick_Abdullah96…

03 August 2012

Soal jawab CiNTa~


Soal Jawab “Cinta”
Assalamualaikum wbt.

Ana ade masalah tentang hubungan, ana menyukai seorang lelaki yang bernama ******
Ana mula menyukai dia sejak dia menjadi imam dalam solat jemaah di suatu tempat, suara dia membaca ayat2 suci al-qur’an telah menarik minat ana terhadap dia.. setelah lama kami berkenalan, ana dapat lihat perubahan yang pelik berlaku pada diri dia. Semakin hari dia menjadi semakin teruk, bermula daripada dia semakin kurang mengerjakan ibadah kepada Allah seperti membaca Al-Qur’an dsb. Sikap Si dia yang berubah juga membuatkan ana meluat. Tetapi, didalam hati ana masih lagi terpahat nama dia sbb dialah “Cinta Pertama” ana. Jadi, ana nak minta pendapat daripada Khilafah Islamiah tentang bagaimana caranya untuk ana kembalikan sikapnya yang dahulu dan cara untuk ana hentikan semua ini sebelum keadaaan bertambah teruk..
                                                                                                                           -Si_Fulan-


Jawapan: tentang masalah enti ni mudah saja sebenarnya. Sebelum ana teruskan, ana nak berkongsi satu petikan daripada ayat al-qur’an yang bermaksud “Dan janganlah kamu dekati zina kerana ia perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”, daripada ayat ini kita dapat tahu ia berkenaan zina.

 Menurut beberapa pendapat, zina adalah satu hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak terikat dengan pernikahan. Oleh itu, hubungan enti dengan lelaki itu boleh dikategorikan sebagai zina, iaitu zina kecil yang mana mampu membawa kepada zina yang lebih besar. 

Tentang zina lain cerita, sekarang ni berkenaan CinTa kan?.. ok, macam ni enti rasa apakah punca lelaki yang enti cintai itu berubah menjadi teruk? Adakah disebabkan dosa dia dengan kedua ibubapa dia atau gurunya? Baiklah, cuba enti cari perkara yang paling jelas dahulu sebelum enti menilainya.. apakah yang menyebabkan dia jadi begitu, bukankah sebelum dia mulakan hubungan dengan enti dia lebih baik daripada sekarang? Jadi, punca lelaki tersebut menjadi begitu mungkin disebabkan enti sendiri!! Hubungan enti dengan dia telah mengubah cintanya yang agung(Allah) dengan cintakan manusia. 

Pernah seorang lelaki menceritakan kepada ana masalah dia, dia pernah berkapel dengan seorang perempuan yang dianggap solehah disekolahnya. Namun, setelah lama dia berkenalan, baru dia sedar yang perempuan itu sebenarnya sudah tidak solehah lagi sebab dia sendiri pun ingkar dengan Allah yang melarang manusia untuk berhubung tanpa ikatan pernikahan. 

Jadi, kita kembali semula kepada soalan enti tadi, cara untuk ubah lelaki itu sebenarnya bergantung kepada setakat mana enti cuba untuk hentikan hubungan enti dengan Si dia. Kalau enti nak buang terus perasaan cinta enti terhadap dia itu, sememangnya enti tidak mampu. Kenapa? Kerana perasaan kasih dan sayang itu sudah menjadi fitrah manusia, lebih2 lagi sewaktu alam remaja ini. Yang kita mampu lakukan sekarang ini cumalah mengawal perasaan cinta itu dan kembalikan rasa cinta kita yang utama hanyalah kepada Allah Ta’ala.

Dari segi hubungan enti sekarang ini, sekiranya enti sudah bersedia untuk melepaskannya, mulai dari sekarang enti cubalah bagi teguran sedikit demi sedikit kepada lelaki itu agar dia sendiri pun kembali ke jalannya. Dan ingatlah janji Allah Ta’ala dalam surah AnNur, lelaki baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
Akhir kalam, ingatlah sekiranya kita mencintai sesuatu perkara seperti harta kita, keluarga kita, ataupun isteri kita, kita perlu letakkan cinta kita terhadap semua itu kepada satu, iaitu cinta semuanya kerana Allah Ta’ala agar kita sentiasa terpelihara daripada perbuatan2 maksiat… Wallahu A’lam

30 June 2012

Nikmat VS. Derita



*Firman Allah Ta’ala:”Jika kamu nak m’hitung nikmat Allah, kamu tidak mampu”[Ibrahim,14;34]


Sahabat2ku sekalian, cuba kita lihat kehidupan kita.. Subhanallah, apa yang Allah ta’ala kurniakan kpd kita, lebih dr apa yang kita harapkan sebenarnya.. jika kita kita lihat balik, sejak drp hari kelahiran kita, Allah ta’ala telah mengurniakan kita roh yang mana kita diberikan amanah untuk menggunanya sbg bnda yang dapat membantu kita melaksanakan amanah terbesar kita iaitu menjadi khalifah dimuka bumi ini. Namun, dalam banyak2 manusia diatas muka bumi ini, hanya sedikit sahaja yang telah mensyukuri nikmat roh tersebut, kebanyakan manusia tidak melaksanakan pun amanah tersebut bahkan ada yang buat tidak endah terhadap apa yang telah dijanjikannya.

Manusia sering memberikan alasan tidak tenang kerana tidak mampu melaksanakan suatu tanggungjawab. Mereka menyangka, untuk mendapatkan ketenangan hendaklah dengan memperolehi apa yang diimpikan.. sebagai contoh, orang yang mempunyai banyak harta.. walaupun dengan mempunyai harta yang banyak mereka, belum tentu mereka bahagia. Ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur diatas katil yang lembut, tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak  berbanding dengan orang miskin yang selalu tidur di pondok yang buruk yang mana lebih lena berbanding dengan kita.

Kata Hamka,:”lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat”. Adakah dengan mempunyai harta yang banyak seperti yang saya sebutkan diatas, hidup kita akan tenang? Belum tentu!!

Cuba kita lihat balik pada diri kita.. kadang2 kita pernah hilang satu benda dalam kehidupan kita, kadang2 kita rasa seperti kita telah hilang segala2nya.. cuba kita renung kembali, berapa banyak dalam kehidupan kita telah lalui keperitan hidup? Cuba kita ingat balik, ketika dugaan melanda kita rasa kita tidak mampu menghadapinya, tetapi pada hari ini Allah telah mengeluarkan kita daripada penderitaan tersebut dalam keadaan yang baik. 

Ketika kita pernah berkata,” Ya Allah!  Tolonglah aku! Aku susah Ya Allah!” namun, pada hari ini, semua perkataan2 itu telah kita lupakan. Dan kita pun telah lupa untuk bersyukur kepadaNya.. dan ketika mereka berkata “ Wahai Fulan! Ada orang nak mengkhianati engkau!!” kata Allah, iman mereka(Si Fulan) bertambah.. oleh itu, xperlulah kita kata, “kenapalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?.. kata Qur’an iman mereka bertambah.. mereka berkata “cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik2 tempat diserahkan urusan”

Sebagai penutup bicara, ingin saya kongsikan satu video,, marilah sama2 kita hayatinya.. ^^

18 May 2012

CERITA SUKA DAN DUKA..


Hari demi hari..
Minggu demi minggu..
Bulan demi bulan.. Banyak perubahan yang telah berlaku disekeliling saya yang tidak menyenangkan jika diingat semula.. walau apa pun, perkara itu sudah pun lepas buat apa perlu saya ungkitkan kan?.. apa yang perlu saya lakukan sekarang ini ialah fikirkan cara bagaimana untuk saya membina semula ketamadunan kawan2 saya yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai zaman kebangkitan sekolah kami.. setelah saya renung kembali, teringat saya akan pesanan ustaz Ahmad yang memberitahu saya..”kalau enta nak bina balik sep2 enta, pertamanya enta kena perbetulkan diri enta dahulu”…
Daripada kata2 ustaz Ahmad itu amat menarik perhatian saya untuk membuat seperti apa yang dikatakan oleh dia.. tapi setelah mencuba berkali2 masih tidak ada hasil/kesan t’hadap diri saya.. jadi, saya berjumpa balik dengan Ustaz Ahmad untuk meminta bantuan.. ustaz Ahmad kemudiannya memberitahu saya “kalau enta nak buat perubahan pada diri enta, xleh secara ‘drastik’(mengejut).. ttpi enta mestilah mulakan dengan perbuatan yang sunat2 dahulu.. kemudian barulah susuli dengan perbuatan yang wajib(Da’wah)”.. daripada kata2 Ustaz Ahmad itu saya agak teruja dan mulakan langkah baru dengan amalan2 yg mudah2/sunat dahulu.. walaupun begitu, saya xbolehlah mengharapkan amalan2 saya yang sedikit itu seandainya saya tidak beramal secara Istiqamah ^_^..

Istiqamah2.. kenapa susah nak istiqamah ekk???,..
Beberapa hari lalu, sewaktu hati ini masih dalam kegelisahan akibat tidak berpuas hati dengan rumah sukan, saya ada berjumpa dengan seorang sahabat saya.. sewaktu wajah sedih yang saya tonjolkan itu, dia perasan terdapat perubahan pada tingkahlaku saya, lalu dia bertanya kpd saya “kenapa enta Nampak gelisah pelik nih??”.. saya pun apa lagi kan? Saya pun cakap lah kat dia, “ana nih xtenteram sbb susah sangat nak kekalkan amalan2 harian ana.. kadang2 tu sampai xnak dah buat bnde2 baik cmnih ..” dia memberitahu saya, “dalam menjalankan kehidupan seharian kita, kita hendaklah membuat jadual yang sesuai”… kemudian, beberapa hari selepas itu saya telah Berjaya membuat jadual harian saya namun, masalah yang sama belum lagi di’settle’kan.. sejurus drp itu, saya pergi berjumpa dengannya semula untuk meminta bantuan, dia cakap kat saya “sekiranya enta nak b’istiqamah dalam melakukan amalan2 harian, enta kenalah ada mujahadah dalam diri enta barulah nnti nak istiqamah pun mudah”…
 saya pun Tanya dia balik apa itu mujahadah.. dia cakap mujahadah itu adalah kesanggupan yang memaksa diri, yang mengorbankan masa, tenaga dan harta.. sama seperti perang la pulak kalau difikirkan balik, sememangnya seperti berperang kerana mujahadatunlinafsih sendiri b’maksud bermujahadah melawan hawa nafsu.. samalah seperti berperang.. Cuma yang membezakannya peperangan dengan nafsu dengan  jiwa…
Ulamak2 zaman kegemilangan islam suatu ketika dahulu pun kuat jugak dalam b’mujahadah,, sbb macam mana kita kenal perkataan mujahadah itu kalau bukan mereka yang mengolah balik drp Al-qur’an dan hadis tentang b’mujahadah itu sendiri kan?.. jadi, mujahadah itu amat penting  dalam membentuk mukmin yang professional.. kita dapat mengambil contoh ulamak2 yang kuat b’mujahadah seperti Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Syed Qutb dan ramai lagi ulamak2 imam2 yang mana sewaktu mereka hidup, mereka mengharungi pelbagai ranjau hidup yang membawa diri mereka kedalam sangkar besi ttpi mereka masih lagi mampu membawa islam itu sendiri.. itulah dia “mujahadah”, sekiranya ulamak2 Islam tidak melangkah kehadapan bersama2 dengan “mujahadah”, nescaya islam tidak akan sampai kepada kita..

Kesimpulannya, setiap perbuatan kita ini tidak akan mampu berterusan(istiqamah) sekiranya kita tidak susulinya dengan mujahadah.. sebagai contoh, minggu ni kita target menghafaz Al-Qur’an setengah juz, sekiranya kita tidak ada kesanggupan untuk menghabiskan masa, tenaga dan harta kita, target kita untuk menghafaz itu xakan tercapai.. itu sahaja yang mampu saya kongsikan…   Wallahu’Alam  ^_^.. ~Nick_Abdullah96~

17 March 2012

Malu?


Perasaan malu adalah pengalaman universal, yang pernah dialami oleh hampir setiap  orang sama ada ketika kanak-kanak atau setelah dewasa. Walau bagaimanapun ada sesetengah kanak-kanak atau orang dewasa mempunyai perasaan malu yang keterlaluan berbanding orang lain di dalam hal-hal yang tidak sepatutnya mereka merasa malu. Sebagai contoh, ada orang yang terlalu malu sehingga tidak sanggup pergi ke restoran, tidak sanggup memandang muka orang lain dan ada yang sanggup memilih untuk mati daripada bercakap di hadapan khalayak. Malu adalah diantara tingkah laku yang banyak dikaji oleh pakar-pakar psikologi dari semasa ke semasa.

Namun, berbeza pula malu menurut islam. Sifat malu menurut kaca mata islam adalah malu kepada Allah. Dalam hal ini, Rasulullah menegaskan dalam satu hadith yang bermaksud;

“ Malulah kamu kepada Allah yang sebenar-benar malu. Kami ( para sahabat ) menjawab : sesungguhnya kami sememangnya malu kepada Allah, Alhamdulillah. Ujar baginda; Bukan itu...malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu itu adalah menyaring suatu yang memasuki kepala dan perut kamu, mengingati mati dan kehancuran tubuh badan apabila memasuki kubur nanti. Siapa yang berkehendakkan akhirat, dia perlu tinggalkan perhiasan dunia yang berlebihan dan memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sementara. Maka siapa yang benar-benar melakukan demikian, sesungguhnya dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.”-(( Hadith daripada at-Tirmizi ))-

Sifat malu ini menduduki martabat yang tinggi di sisi Allah. Ia merupakan asas bagi segala kebajikan. Ia juga adalah unsur kemuliaan bagi setiap amalan yang dilakukan oleh seorang muslim. Sehubungan itu, sabda Rasulullah yang bermaksud;
“ Tiada sesuatu yang mengiringi kekotoran lidahnya melainkan ia menghodohkannya tiada suatu yang diiringi dengan sifat malu melainkan ia mencantikkannya.”
-(( Hadith daripada at-Tirmizi ))-
Tiada satu amalan kebajikan pun dalam islam melainkan ada ganjaran pahala yang menantinya. Begitulah juga sifat malu ini. Kita perlu sedar peranan malu dalam kehidupan orang islam. iIa harus ditingkatkan secara positif sehingga ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Malu juga merupakan salah satu daripada akhlak2 mulia yang diterapkan oleh agama islam. Dari Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri radhiallahu ‘anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’"

Malu,malu,malu... malu terdapat banyak maksud disebalik perkataan al-hayaa.. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, "Malu berasal dari kata hayaah (hidup), dan ada yang berpendapat bahwa malu berasal dari kata al-hayaa (hujan), tetapi makna ini tidak masyhûr. Hidup dan matinya hati seseorang sangat mempengaruhi sifat malu orang tersebut. Begitu pula dengan hilangnya rasa malu, dipengaruhi oleh kadar kematian hati dan ruh seseorang. Sehingga setiap kali hati hidup, pada saat itu pula rasa malu menjadi lebih sempurna."

Malu Yang Mulia
“Eh Man, kaulah yang tanyakan soalan tu kat lecturer. Aku malu ni, cakap bahasa Inggeris tergagap-gagap.” “Malunya aku! Tadi masa tengah gelak di library, ada orang tegur minta senyap sikit.” 
Begitu malu yang kita tahu. Ayat-ayat di atas pula cumalah sebahagian kecil cerita tentang malu yang berkisar dalam masyarakat kita, terutama dalam konteks hidup seorang pelajar.
Namun, pernahkah terdetik di hati kecil; apakah malu sekadar itu? Ataupun malu yang sebenar jauh berbeza daripada apa yang kita fahami sejak dari dulu?

KONSEP MALU 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang daripada iman.” ( Riwayat al- Baihaqi)

Meskipun ringkas, namun hadith di atas cukup untuk mendefinisikan kedudukan malu yang sebenar dalam Islam; iaitu satu akhlak yang lahir sebagai manifestasi iman yang ada di jiwa.
Rasulullah s.a.w juga pernah berdialog dengan para sahabat dalam sebuah majlis.

Baginda bersabda, ”Malulah kepada Allah dengan sebenar-benarnya.” Para sahabat menjawab, ”Wahai Nabi Allah, kami memang malu kepada Allah dan sentiasa memuji-Nya.” Nabi bersabda, ”Bukan begitu yang saya maksudkan. Tetapi, orang yang malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya mestilah menjaga kepala dan fikiran yang terkandung di dalamnya. Hendaklah juga menjaga perut dan apa yang dikumpulkan di dalamnya, dan hendaknya dia mengingati maut dan bencana yang akan menimpanya. Siapa yang menginginkan akhirat, maka dia mesti sanggup meninggalkan kegemerlapan hiasan dunia.”
(Riwayat Imam At-Tirmizi)
Pendek kata, dengan sifat malu yang mulia ini, seseorang yang beriman itu mampu untuk menahan diri daripada perkara yang memalukan menurut pandangan syarak meskipun perkara tersebut tidak dikira mengaibkan oleh manusia.

TELADAN DARI GENERASI LALU
Dalam menterjemahkan konsep malu sebenar, generasi yang hidup di zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat adalah contoh terbaik yang boleh kita ambil. Antaranya:

Nilai malu dalam kisah pensyariatan solat
Di saat Rasulullah dimikrajkan ke Sidratul Muntaha, Baginda diperintahkan oleh Allah s.w.t agar umatnya mendirikan solat sebanyak 50 kali sehari. Tetapi Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umatnya. Baginda kemudiannya meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada 5 kali sehari semalam. Saat itu, baginda diberitahu sekali lagi bahawa solat yang 5 kali itu pun masih dikira berat. Namun, atas dasar malu, baginda tidak kembali untuk meminta keringanan daripada Allah SWT sekali lagi. Dan inilah antara contoh sifat malu yang ada pada diri Baginda iaitu malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya.

Kisah Saidina Ali r.a
Saidina Ali r.a tidak pernah melihat auratnya sendiri, apatah lagi melihat aurat manusia lain. Antara kisah yang menggambarkan sikap Ali r.a ini adalah ketika peperangan Uhud. Sebagaimana tradisi peperangan dahulu, perang biasanya dimulakan dengan perlawanan satu lawan satu antara panglima kedua-dua belah pihak.

Maka dalam peperangan Uhud itu, pihak musyrikin telah menghantar wakilnya Talhah bin Uthman sebagai panglima yang akan mara ke hadapan dan kaum Muslimin pula diwakili oleh Saidina Ali r.a. Pada awal perlawanan panglima kafir Quraisy telah mencabar tentera Islam:
“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu mendakwa bahawa pedang kamu akan membawa kami semua ke neraka, manakala pedang kami akan membawa kamu ke syurga. Adakah ada dari kalangan kamu yang mahu mencabar aku sehingga pedangku ini akan membawanya ke syurga atau pedangnya yang akan membawa aku ke neraka?!” Laung panglima itu.
Tanpa berlengah Saidina Ali r.a dengan berani menyahut cabaran itu.
“Demi Allah, aku tidak akan melepaskan kau sehinggalah pedangku ini menghantarmu ke neraka atau pedangmu menghantarku ke syurga!”
Sejurus kemudian, berlakulah pertempuran sengit antara panglima kedua-dua belah pihak. Jika dinilai dari segi usia, Saidina Ali r.a lebih muda berbanding panglima si Kafir. Namun, berkat kesungguhan dan semangat beliau untuk membela agama tercinta, akhirnya dia berjaya menumpaskan Talhah bin Uthman dengan memancung kakinya.
Serentak itu, Rasulullah s.a.w serta para sahabat bertakbir apabila melihat Talhah bin Uthman tersungkur ke bumi bersama keangkuhannya.
Akan tetapi, pada satu masa yang lain Saidina Ali r.a tidak jadi membunuh panglima Quraisy dan lantas bertemu Rasulullah s.a.w. Maka berlakulah dialog antara baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali r.a.
“Kenapa engkau tidak membunuhnya wahai Ali?”
“Ya Rasulullah SAW, sewaktu aku ingin membunuhnya, aku ternampak auratnya terbuka. Lantas aku berpaling darinya dan aku malu untuk mendatanginya buat kali kedua.”
Begitulah hebatnya tarbiyyah Rasulullah s.a.w. Iman para sahabat sungguh teguh sehinggakan ketika bertempur di medan perang juga mereka masih faham apa itu erti malu. Malah mereka itu jauh lebih berani dan lebih malu daripada kita bak langit dengan bumi jaraknya!

DUNIA HARI INI DAN MALU YANG TELAH DISALAH ERTI
Namun, lantaran menilai malu dari kaca mata adat setempat, masyarakat hari ini terutamanya Muslim itu sendiri telah salah faham akan konsep malu yang hakiki. Fikirkan misalan ini. Jika di dalam suatu kelas yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan, serta semua pelajar perempuannya memakai skirt paras lutut, maka adatnya adalah tidak mengapa untuk memakai skirt sebegitu. Dari sini timbullah kefahaman bahawa tidak perlu malu untuk memakai skirt pendek, atau lebih tepat lagi tidak perlu malu untuk tidak menutup aurat walhal hal ini amatlah menyalahi konsep malu yang diajar dalam Islam.

Hilangya rasa malu juga adalah punca utama gejala maksiat. Buktinya, persepsi tentang perlakuan yang tidak didasari erti malu menurut Islam inilah yang menjadikan umat islam hari ini bergaul bebas antara bukan muhrim, sentuh menyentuh, berkhalwat dan mengutamakan kehendak hati semata-mata. Akhirnya, hawa nafsulah yang mengalahkan perasaan malu.

Selain itu, kita selalu lebih malu dengan manusia daripada malu dengan Allah. Banyak keburukan diri cuba kita sembunyikan sebaik-baiknya daripada pengetahuan umum, tetapi saat sendirian kita menikmatinya tanpa rasa bersalah. Contohnya, perbuatan mencuri atau mengumpat tidak mungkin akan dilakukan jika sedang dilihat atau didengar oleh orang lain. Menderhakai ibu bapa juga tidak mungkin terang-terangan dilakukan jika di sekelilingnya ada saudara mara atau orang awam.

Apakah mungkin kerana kita beranggapan Allah memang sudah mengetahui semuanya, oleh itu tiada rasa malu yang kita hadirkan kepada-Nya? Atau mungkinkah kita menyangka Allah lebih memahami situasi kita, maka itu menjadi alasan untuk hilang rasa malu dengan-Nya? Jarang sekali kita sedari bahawa Allah yang Maha Mengetahui sebenarnya boleh sahaja membuka rahsia dosa kita bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.

Perhatikan pula tentang ini. Ibnul Qayyim menasihatkan bahawa untuk tidak terjerumus dalam lembah maksiat ialah supaya merasa malu kepada Allah. Dengan cara ini seorang hamba akan sedar bahawa Allah selalu mengawasi dirinya dan apabila dia menyedari bahawa perbuatannya dilihat dan didengar oleh Allah, maka tentu sahaja dia akan malu apabila melakukan hal yang boleh mengundang murka-Nya.

Jadi kesimpulannya, malu dalam erti kata yang sebenar adalah malu yang menjadikan kita berbuat sesuatu yang Allah redha dan meninggalkan apa yang dibenci-Nya. Namun, tidak banyak yang mampu diulas dalam bingkisan ringkas ini dan biarlah perkongsian yang sedikit ini menjadi pencetus untuk kita akhirnya menghargai sifat malu dan beriltizam dengannya kelak, inshaAllah.

Wallahu’alam. [sebahagian daripada perkongsian ini diambil drp beberapa halaman]





19 January 2012

Astaghfirullah....

Assalamualaikum kpd pembaca2 sekalian,,
dalam tidak sedar,telah banyak dosa yg kita lakukan,,
dan dengan dosa yg banyak itu,
tiada satu cara pun yg kita pernah fikirkan utk menyelesaikanNya...
jadi ana disini ingin mengajak pembaca sekalian..buka video dibawah...
 Tarik nafas kemudian cuba bernafas dengan perlahan2..
kemudian sama2 kita tutup mata, ingatkan balik apa yg kita telah buat pd hari ini...
Mesej drp hati:
*"wahai tuan pemilik tubuh, apakah engkau tidak sedari..pada hari ini engkau telah menyalahgunakan aku utk mengingati perempuan2 yg hanyalah sbg ujian kpdMu didunia"
*"wahai tuan pemilik tubuh, pada waktu ini engkau sedang cuba memadamkan titik2 hitam yg ada pada aku..aku begitu terkilan apabila engkau berbuat demikian.."
*"wahai tuan pemilik tubuh, aku teringat balik kata2 drp ustaz kamu yg meng'highlightKan' 3jenis lelaki yg dilaknat oleh Allah diakhirat kelak, iaitu salah satuNya lelaki yg DAYUS.."
*"wahai tuan pemilik tubuh, telah lama ingin ak bertanya kpd kamu.. adakah selama ini kamu sentiasa menggunakan aku dalam amalanMu seharian? menggunakan aku dengan satu perasaan yg sungguh nikmat(IKHLAS) sehinggakan kita dapat rasai bersama, bukan setakat kita berdua sahaja malahan org disekeliling kamu sendiri"
*"wahai tuan pemilik tubuh, adakah engkau telah melaksanakan t'jawab yg tuhanMu berikan kepadaMu sbg seorg Anak@Abg@Kakak@pimpinan sekolah?"
*"soalan terakhir aku kpdMu wahai tuan pemilik tubuh, adakah sesi muhasabah b'sama zikir ini adalah satu peluang sahaja utk aku luahkan perasaan aku padaMu?? bukanKah lebih baik kita sentiasa bersama?,agar engkau dapat menjagaKu drp biasan2 dosa yg org lain lakukan... kemudian, agar kita dapat bersama2 membantu org lain pula menyelesaikan masalah2 mereka yg melibatkan kawan-kawanKu(hati)..."

Hati adalah satu perkara yang amat sensitif dengan dosa sekiraNya antum sentiasa menjaga hati2 antum.. BuktiNya, cuba antum hayati zikir diatas dan bernafas dengan penuh ketenangan.. pasti, ade terdetik di hati satu perasaan sayu yang kadang2 kita xpernah  rasai pun selama ini... oleh itu, ana disini mengajak pembaca2 sekalian agar sentiasa muhasabah diri antum dan sentiasa mengikhlaskan hati melakukan setiap amalan2 antum semata2 kerana Allah... WallahuA'lam~~Nick_96....

26 November 2011

Guru ? Ikhtilat ?

Dengan nama Allah yang maha Besar lagi maha Penyayang.
Assalamualaikum saudara-saudariku yang dirahmati Allah sekalian. Ikhlaskan niat dulu kemudian baru start. Ok, ana bermula dengan definisi Ikhtilat.
IkhtilatPergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.
Tapi kalau kita tanya rakan-rakan kita tentang ikhtilat, percayalah jawapan mereka sama jer iaitu 'Apa tu Ikhtilat?'. Jadi, ana tidak mahu memanjangkan bicara sebaliknya ingin terus berkongsi tentang ikhtilat-guru.

1- Ikhtilat dengan GURU (Berlainan Jantina) 
"Salam muallimah ( cikgu ), tengah buat apa? Muallimah dah makan ke belum? Eh, ana nak ajak muallimah gi makan kat RFC nak x ? Muallimah, boleh tak ajar ana mathematic, ana sorang jer.


Mungkin ramai diantara kita tak sedar tentang semua ini. Mungkin kita semua fikir,
"Eleh, bukannye sesape pon, guru sendiri kut." Maaflah sebab ana terpaksa maklumkan semua ni. Tak kiralah guru tu tua atau muda, dia tetap bukan Muhrim. Sekarang dah ramai pelajar ber'chatting' dan ber'message' dengan guru mereka sehingga ke tahap kekasih walaupun mereka sendiri tidak sedar. Perkara ini berlaku di depan mata admin sendiri, kawan admin sendiri melakukan hal sumbang ini. Kita tidak sedar, tapi perkara ini mampu menjejaskan kualiti hidup kita.

Kalau sekadar ingin bertanyakan tentang sekolah, program atau seumpamanya adalah dibenarkan. Tapi kalau dah sampai bertanyakan, 'dah tido ke belum' 'dah makan ke belum' itu adalah dosa namanya ! Guru tetap ada nafsu dan sudah banyak kes guru membuat maksiat, berkhalwat dengan pelajarnya sendiri.

Dan janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya ia perbuatan yang keji serta buruk."
Maafkan ana jika tertinggal isi-isi penting. Kalau ada apa-apa soalan, bolehlah menanya di ruangan komen. Ana cuba memadatkan segala isi dengan sepadat mungkin. Ana tidak mahu menyeksa pembaca dengan menulis panjang-panjang. Ana juga pembaca dan ana memahami kamu semua. ^_^

Esok bersempena 1 Maal Hijrah, jom sama-sama kita hijrah diri kita kearah yang lebih baik agar Khilafah Islamiah kembali tertegak di bumi Ilahi ini, Insya Allah.. Jika bukan kita yang mulakan, siapa lagi?! Semoga memperolehi manfaat daripada penulisan ana ini. Wallahua'lam.

23 October 2011

Assalamulaikum kepada pembaca2 blog ana yang serba dha’if ini…
Hari ke hari, kita dapat lihat semakin ramai sahabat2 remaja kita yang terjebak dengan pergaulan yang melampau.. walaupun >ramai diantara kita sudah mengetahui @memahami tetang “IKHTILAT”, namun apa yang kita dapat perhatikan, mereka lebih tetap dengan pendirian mereka sebagai seorang yang *bersosial bebas walaupun sama jantina. Kenapa  semua ini berlaku? Perkataan ini sering kita persoalkan dalam masyarakat. Tetapi apa yang kita lakukan? Adakah hanya perlu duduk dan mempersoalkan tentang masalah2 mereka?.. sahabat, >ramai diantara kita sudah mengetahui @memahami tentang “IKHTILAT”  tetapi , apakah tindakan kita yang sepatutNya?... oleh itu, sebagai khalifah megah dipandangan manusia, marilah sama2 kita mengguna @memanfaatkan ilmu yang kita telah tuntuti serta lakukan amal2 ibadah yang dapat menyelamatkan kita(manusia2) daripada azab neraka..Kat sekolah, cikgu2@ustaz2 seringkali memberitahu kita “antara syarat2 untuk memperoleh nikmat syurga adalah perluNya kita m'jadi seorg remaja yg menjaga haraga diri”. Kadang2 tu, dah boring kita dengar teguran ustaz sampaikan ceramah.. sahabat2 sekalian, sungguh bahaya seandaiNya antum semua p’nah rasai perasaan sebegini. Lebih2 lagi sewaktu ini, kekuatan iman kita lemah dan hati kita sukar untuk menerima ceramah@sewaktu denganNya. “tiada manusia yang melakukan sesuatu perkara tanpa motif, melainkan mereka itu gila!!”. Mungkin antum semua dh kamcing gigi nak komen apa yang ana sampaikan ini, tetapi sudah menjadi hakikat kehidupan kita melakukan sesuatu perkara dengan tujuan yang baik. Kenapa?? jawapanNya ada pada jalan Beret12, Kota Bharu. Orang gila, sekiraNya antum perhatikan, fikiran mereka seolah2 sudah bukan manusia yang kawal. Ana tidak menafikan fikiran mereka telah dikawal oleh makhluk2 halus atau sebagaiNya tetapi, sifat kemanusiaan mereka seolah2 sudah gugur daripada kehidupan mereka sumpama daun yang berguguran. Perkara ini boleh diambil contoh situasi, orang gila yang kritikal pada awalNya normal seperti kita tetapi dalam perjalanan menuju keera gila itu, terlalu cepat bak kata pepatah inggeris ”as fast as lightning”. Orang gila yang sebegini sifat kebiasaanNya cepat mati sebab apa yang mereka fikirkan penyelesaian masalah adalah dengan membunuh diri… daripada situasi seorang gila ini, apakah bezaNya mereka dengan anak2 kita yang kian rosak disebabkan dasar bersosial dengan orang yang tidak sepatutnya?.. benarlah firman Allah SWT yang bermaksud “..mereka itu seperti haiwan ternakan,bahkan lebih daripada itu….” Sudah kita fahami bahawa tidak boleh seseorang lelaki bergaul(ikhtilat) dengan wanita tanpa sebab yang munasabah. Apa yang difahami itu bukanlah jawapan yang tepat.why? coz, lelaki dan perempuan  boleh bergaul.. dalam 4 keadaan; menuntut ilmu, berjual beli, perniagaan dan ….(lupa dah),maaf… tetapi melakukan perbuatan terkutuk seperti berzina itu tetap salah disisi Islam… sebagai seorang remaja, ana telah banyak menghadapi cubaan yang melibatkan persahabatan. Ana banyak faham tentang rakan dan pergaulan. Pergaulan/social x semestiNya salah antara lelaki dan perempuan, pergaulan lelaki dengan lelaki pon kadang2 boleh mendatangkan dosa juga. Bagaimana tu??.. Hati p’nah berkata~ “Ish bisinglah mak ni, asyik2 komen tentang kawan aku Si A tu.. walaupun dia tu kadang2 gila sikit, eish! Aku reti jaga diri aku sendiriklah!!.. kalau aku rosak pon, sape kisah…”. Perkara ini boleh diambil contoh daripada akhbar, banyak menceritakan remaja rosak akibat terikut jejak rakan, xkira walaupun sama jantina..buktiNya sudah cukup dihadapan mata kita sendiri seperti di sekolah dan di tempat2 yg melalaikan seperti di supermarket dan sbgNya... Wallahu’alam ^_^ ~Nick_abdullah96~

12 March 2011

Sentuhan Qalbu

*************************************************************
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Bahawa Di Dalam Jasad Itu Ada Seketul Daging. Sekiranya Ianya Baik, Maka Baiklah Seluruh Badan Dan Bila rosak Maka Rosaklah Seluruh JasadNya. Benda Itu Ialah HATI"
*************************************************************
Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Diamlah sejenak..
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil...
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Ya Allah!
alangkah indahNya engkau ciptakan hati ini..
selama aku hidup, x pernah kuRasai indahNya perasaan hati ini..
kerna, hati inilah telah mengajarku erti kehidupan..
sekiraNya engkau mentakdirkan hati ini mati, maka amatlah rugi kehidupanku selama ini..

Engkau ciptakan hati, sbg "driver" kpdku..
sekiranya hati ini merupakan "driver" yg mabuk, maka rosaklah hidupku..
oleh itu, sbg manusia yakinlah dgn nikmat iman d hati kita..
dan juga, jagalah hati kita seperti mana kita menjaga diri kita..
Wasalam~~~~~~~~~~~~~ringkas drp~~~~~~~~~~~>Nick Abdullah<~~~

11 March 2011

Siapakah Kita?

Assalamualaikum pembuka bicara~


Siapakah kita?Itulah diantara salah satu soalan yang sering kita dengari,dan kadang kala perkataan tersebut meluncur keluar dari lisan kita tanpa sedari.
'Dan tidak Aku ciptakan jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-Ku'
Fikirlah,apa sebenarnya tujuan kita diciptakan.Bukankah sudah jelas dinyatakan di dalam Al-Quran.Tetapi,alangkah bongkaknya kita untuk beribadat kepadaNya.Alangkah malunya kita jika diajak melakukan kebaikan kerana bimbang dicaci dan dicela oleh masyarakat.Kenapa?Kenapa?Kenapa enggan tunduk pada yang Maha Esa?!Kenapa enggan akur dan patuh pada yang Maha Kuasa?!Adakah kau kenal siapakah Dia?Dialah yang menciptakan bumi dan langit.Malah,Dia juga telah mencipta kita dari setitis 'air mani' yg teramat hina.Tetapi,apakah balasan kita terhadapNya?


Rakan-rakan sekalian,Allah cuma menyuruh kita mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya,mengapa sukar sekali untuk diikuti?Allah cuma mahu engkau tunduk kepadaNya,sebagai tanda bersyukur seorang hamba.Dia telah mengurniakan nikmat yang tiada terhitung jumlahnya serta nilainya.Tetapi,nikmat tersebut sering didustakan oleh hamba-hambaNya yang bongkak!
Mereka menggunakan mata untuk melihat perkara yang haram.
Lisan sentiasa mencela.
Tangan digunakan untuk melakukan kemungkaran.
'Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah telah engkau dustakan'

Sujudlah engkau kepada yang Maha Esa!Sedarlah rakan-rakan,kita sudah sampai ke fasa akhir zaman.Kita cuma menunggu ketibaan hari akhirat yang teramat hampir dengan kita.Tetapi,di saat akhir beginilah kita menderhakai kepadaNya.Maka,bagaimanakah keadaan kita jika kita mati dalam su'ul khatimah?Tentunya diazab oleh Allah.Maka ana mengambil peluang ini untuk memperingatkan zumala'i(kawan-kawan) sebelum segalanya terlambat.Selari dengan nama ana iaitu 'Muzakkir' yang membawa maksudd orang yang memberi peringatan.Jom kawan-kawan,mari berpatah balik dan terus meluncur di jalan yang benar.Tinggalkanlah segala perhiasan dunia yang fana dan pergilah beribadah kepadaNya,memohon ampun daripadaNya serta keredhaanNya.


"Tentera Allah ialah mereka yang menghidupkan malam dengan alunan Al-Quran,miliki jiwa yang halus dan hati mereka menangisi dosa-dosa lalu.Mereka umpama rahib di malam hari kerana takutkan Allah dan pahlawan di siang hari.Di wajah mereka terdapat tanda sujud kepada Tuhan mereka dan akhirat kelak wajah mereka akan terpancar cahaya"

Ana sedar bahawa ana tidak layak untuk berbicara mengenai perkara ini tetapi salahkah ana untuk berkongsi ilmu?Semoga Allah merahmati kita.Sementara kita masih bernyawa,ayuh lakukan kebaikan.Jom,menuju ke mardhatillah!!Bersegeralah kita melakukan kebaikan..'Fastabiqu khairat'."Wahai orang yang beriman,mengapa engkau tidak melakukan apa yang engkau katakan?"Bersama kita membangkit umat Islam.Hai mujahid muda,maju kehadapan.Singkirkan Batas,Satukan kata!!Kita adalah hamba yang terpilih.Sedarlah dari mimpimu yang indah.Sesungguhnya,Allah Maha Melihat lagi Mendengar.



p/s:maaf skit jer pengisian sebab ana kesuntukan masa..hehe..Wallahua'lam

25 December 2010

Taubat

KUASA TAUBAT
Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terkini yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan bahkan seketika tadi, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, namun sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Orang mukmin itu melihat dosa mereka seperti sebuah gunung yang akan menghancurkannya, sementara orang munafik itu melihat dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di mukanya, ditepis maka ia akan lari. Begitulah perumpamaan yang diberikan oleh Abdullah Bin Mas’ud. Persoalannya, bagaimanakah kita melihat dosa kita? Dosa kecil kita ringankan-ringankan. Namun kita lupa bahawa ia ibarat ranting kayu kecil yang jika dikumpulkan akan menghasilkan api yang begitu besar. Dosa besar malah kita kecilkan, maka dalam golongan apakah kita ini?
Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita termakan tipu daya syaitan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.
Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Sangat besar pengampunan-Nya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Kita mengeluh sendirian, “Ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?
Sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang-orang yang beriman. Dalam suatu peperangan, pasukan muslimin mendapat banyak tawanan perang. Di antaranya terlihat seorang perempuan yang menggendong bayi dengan menunjukkan kasih sayangnya melalui pelukan, belaian, disusuinya dan sebagainya. Lalu Rasul SAW bertanya kepada para sahabatnya, “Bagaimana kiranya menurutmu, ibu tersebut, akan sanggupkah melemparkan anaknya ke dalam api yang menyala?” “Demi Allah tidak mungkin”, kata para sahabat. “Ketahuilah, Allah mencintai orang yang beriman lebih daripada ibu tersebut mencintai anaknya. Allah tidak mungkin melemparkan orang yang beriman ke neraka.”
Seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Firman Allah:
…dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31)
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya...” (Hud: 3)
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya)…” (At-Tahrim: Ayat 8 )
Lihat pula sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya Allah Ta’ala itu membukakan tangan-Nya (kerahmatan-Nya) di waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membukakan tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat (di saat hampir tibanya hari kiamat), kerana setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubat seseorang.” (HR Muslim)
Daripada sekian banyak nama-nama Allah, kebanyakannya terkandung pengertian kasih sayang dan keampunan. Renunglah dan lihatlah. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil. Hari demi hari, siang dan malam.
Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.
Taubat adalah jalan para nabi. Mereka adalah golongan terbaik yang Allah hidupkan di atas muka bumi. Nabi Adam telah bertaubat kerana memakan buah larangan di syurga lalu Allah terima taubat baginda. Nabi Nuh telah bertaubat kerana memohon Allah menyelamatkan anaknya yang kafir. Nabi Musa telah bertaubat ketika meminta untuk melihat Allah. Nabi Muhammad sendiri bertaubat lebih daripada 70 kali dalam sehari.
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya saya memohonkan pengampunan kepada Allah serta bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali.”         (HR Bukhari)
Dari Aghar bin Yasar al-Muzani RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Hai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah pengampunan daripada-Nya, kerana sesungguhnya saya ini bertaubat dalam sehari seratus kali.”(HR Muslim)
Dari Abu Nujaid yaitu lmran Bin Hushain al-Khuza’i RA bahwasanya ada seorang wanita dari suku Juhainah mendatangi Rasulullah SAW dan ia sedang dalam keadaan hamil kerana perbuatan zina. Kemudian ia berkata: “Ya Rasulullah, saya telah melakukan sesuatu perbuatan yang harus dikenakan had (hukuman) maka tegakkanlah had itu atas diriku.” Nabi SAW lalu memanggil wali wanita itu lalu bersabda: “Berbuat baiklah kepada wanita ini dan apabila telah melahirkan (kandungannya), maka datanglah padaku dengan membawanya.” Wali tersebut melakukan apa yang diperintahkan. Setelah bayinya lahir, lalu baginda SAW memerintahkan untuk memberi hukuman. Wanita itu diikatlah pada pakaiannya, kemudian direjamlah. Selanjutnya baginda SAW menyembahyangi jenazahnya. Umar berkata pada beliau: “Apakah Tuan menyembahyangi jenazahnya, ya Rasulullah, sedangkan ia telah berzina?” Baginda SAW bersabda: “Ia telah bertaubat benar-benar, andai kata taubatnya itu dibahagikan kepada tujuh puluh orang dari penduduk Madinah, pasti masih mencukupi. Adakah pernah engkau menemukan seseorang yang lebih utama dari orang yang suka mendermakan jiwanya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah ‘Azzawajalla?” (Riwayat Muslim)
Di antara dosa yang sangat besar adalah merasakan bahawa Allah tak boleh mengampunkan dosa kita kerana terlalu besarnya bagi kita. Bahkan dosa syirik juga akan diampunkan oleh Allah. Jika orang kafir masuk Islam, bukankah terpadam segala dosa-dosanya yang lalu walaupun dia telah melakukan syirik? Begitu juga dengan orang Islam, apabila melakukan syirik, perbaharuilah Iman dan kembalilah dengan sebenar-benar taubat. Jika syirikpun diampunkan Allah dengan taubat, adakah dosa yang lebih besar daripada syirik?
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”             (Az-Zumar: Ayat 53-54)
Para ‘alim Ulama’ berkata: “Mengerjakan taubat itu hukumnya wajib daripada segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta’ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menetapi 3 macam syarat, iaitu: Pertama hendaklah menghentikan sama sekali (seketika itu juga) daripada kemaksiatan yang dilakukan, kedua ialah supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi dan ketiga supaya berniat tidak akan kembali mengulangi perbuatan maksiat itu untuk selama-lamanya. Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu ada yang ketinggalan maka tidak sahlah taubatnya.
Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya itu ada empat macam, yaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah supaya melepaskan tanggungan itu dari hak kawannya. Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang serupa dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah meminta penghalalan yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.”
Taubat yang benar-benar ikhlas akan mendapatkan ampunan Allah, bahkan Allah akan memadamkan terus dosa-dosa tersebut. Tidak seperti kita. Kita memaafkan tetapi kesalahan orang tak terpadam daripada ingatan. Selain itu, Allah akan menggantikan pula kejahatan-kejahatan tersebut dengan kebaikan.
Firman Allah: “Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.” (Al-Furqan: 70)
Rasulullah SAW bersabda: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)
Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah!
Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.”
(An-Nisaa’: Ayat 27-28)
Kesimpulannya, bertaubatlah sekarang kerana mati itu datang secara tiba-tiba. Tatkala nyawa telah berada di kerongkongan, maka tak ada makna lagi taubat dan penyesalan.
Firman Allah:
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.”                           (Al-Munaafiquun: Ayat 11)
Selagi mata masih mampu menangis menyesali dosa, menangislah. Janganlah ia menangis di akhirat kerana dicampakkan ke neraka. Na’udzubillah.
Wallahua’lam.

22 December 2010

Peristiwa Akhir Zaman

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun
oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita
bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar
dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada
orang-orang yang bertakwa

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh
Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air
mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini
adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda
pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya
seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia
akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh
dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah
yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah
sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah)
yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan
mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun
seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan
Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh
kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan
Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin
Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat
petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli
sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat
jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari
kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan

yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau
asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-
perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah
dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja
(jaitulab bid'ah hasanah).

2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Ertinya:

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau
berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan
keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab
dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah
terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari
dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti
bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan
binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi
saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
H.R. Bukhari Muslimi

Keterangan
Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang- orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan
segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka
yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan
kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi
yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan
bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka,
dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya
dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya
dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak
bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu,
bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.)
yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah
dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan
campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah
hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan
keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat
sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di
mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah
seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw.
menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di
waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-
musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab,
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada
hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat
Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5
penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan
bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.
Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu
untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum
muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran
dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan
'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna
tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala
"takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan
untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri
dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.

bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu
dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang
ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila
pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim

Keterangan

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini
tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama.
Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan
bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk
menyelesaikannya.

5. GOLONGAN ANTI HADITH

Ertinya:

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk
bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada
hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran)
sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan
kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang
diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan
oleh Allah swt."
H.R. Abu Daud

Keterangan

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari
kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya
percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber
hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan
Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran
jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang
besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan
isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan
yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-
Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.

6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:

Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di
kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga
sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
H.R. Bukhari

Keterangan

Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah
swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi
demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan
mukminin dipermukaan bumi ini.

Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga
ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah
dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan
munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang
berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani,
serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad
pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan
beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di
Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis
Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang
mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi
pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat
dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan
masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang
agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari
agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah
hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan
berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi
di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis
Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan
disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari
permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt.
Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan
tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu
hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku
hari qiamat

7. ISLAM KEMBALI DAGANG

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat
sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya.
Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua
pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari
pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada
orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen)
dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang
iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima
sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan
kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk
menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar.
Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain
bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari
masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai
umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

8. BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama
Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di
atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala
Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana
mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat
dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika
berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala
harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda,
"Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu
pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila
diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu
menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?".
Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja
dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di
hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".
H.R. Termizi

Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu
masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang
pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka
tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan
demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau
semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita
Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk
kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah
swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak
melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan
kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita
sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita
dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk
menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa
yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah
mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua,
sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun
harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian
Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di
saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam
mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak
kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan.
Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan
bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka
menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang
bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan
berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum
Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu
berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan
bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana
sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia
melindunginya)".
H.R. Bukhari Muslim

Keterangan

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan
menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun
orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan
rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam
kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum
Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-
makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi
penolongan kepada mereka

10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu
kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah
saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu
bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu.
Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui
panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya
Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau
bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam
hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian
ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah
bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat
seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan
dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi,
padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau
mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada
ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang
bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang
sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan,
"Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula
cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya
seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di
antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang
Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya
agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani
atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku
(maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang
kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-
hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli

   WALLAHUA'LAM
Blogger Wordpress Gadgets