30 June 2012

Nikmat VS. Derita



*Firman Allah Ta’ala:”Jika kamu nak m’hitung nikmat Allah, kamu tidak mampu”[Ibrahim,14;34]


Sahabat2ku sekalian, cuba kita lihat kehidupan kita.. Subhanallah, apa yang Allah ta’ala kurniakan kpd kita, lebih dr apa yang kita harapkan sebenarnya.. jika kita kita lihat balik, sejak drp hari kelahiran kita, Allah ta’ala telah mengurniakan kita roh yang mana kita diberikan amanah untuk menggunanya sbg bnda yang dapat membantu kita melaksanakan amanah terbesar kita iaitu menjadi khalifah dimuka bumi ini. Namun, dalam banyak2 manusia diatas muka bumi ini, hanya sedikit sahaja yang telah mensyukuri nikmat roh tersebut, kebanyakan manusia tidak melaksanakan pun amanah tersebut bahkan ada yang buat tidak endah terhadap apa yang telah dijanjikannya.

Manusia sering memberikan alasan tidak tenang kerana tidak mampu melaksanakan suatu tanggungjawab. Mereka menyangka, untuk mendapatkan ketenangan hendaklah dengan memperolehi apa yang diimpikan.. sebagai contoh, orang yang mempunyai banyak harta.. walaupun dengan mempunyai harta yang banyak mereka, belum tentu mereka bahagia. Ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur diatas katil yang lembut, tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak  berbanding dengan orang miskin yang selalu tidur di pondok yang buruk yang mana lebih lena berbanding dengan kita.

Kata Hamka,:”lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat”. Adakah dengan mempunyai harta yang banyak seperti yang saya sebutkan diatas, hidup kita akan tenang? Belum tentu!!

Cuba kita lihat balik pada diri kita.. kadang2 kita pernah hilang satu benda dalam kehidupan kita, kadang2 kita rasa seperti kita telah hilang segala2nya.. cuba kita renung kembali, berapa banyak dalam kehidupan kita telah lalui keperitan hidup? Cuba kita ingat balik, ketika dugaan melanda kita rasa kita tidak mampu menghadapinya, tetapi pada hari ini Allah telah mengeluarkan kita daripada penderitaan tersebut dalam keadaan yang baik. 

Ketika kita pernah berkata,” Ya Allah!  Tolonglah aku! Aku susah Ya Allah!” namun, pada hari ini, semua perkataan2 itu telah kita lupakan. Dan kita pun telah lupa untuk bersyukur kepadaNya.. dan ketika mereka berkata “ Wahai Fulan! Ada orang nak mengkhianati engkau!!” kata Allah, iman mereka(Si Fulan) bertambah.. oleh itu, xperlulah kita kata, “kenapalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?.. kata Qur’an iman mereka bertambah.. mereka berkata “cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik2 tempat diserahkan urusan”

Sebagai penutup bicara, ingin saya kongsikan satu video,, marilah sama2 kita hayatinya.. ^^

2 comments:

Nazihah@Jiha said...

Alhamdulillah. dengan kurniaan nikmat yg Allah berikan kpd kita. dan kita kena ingat, ujian itu juga nikmat..bagaimana kita nak rasa manisnya iman kalau tidak di uji..kan =)

nice one adik2.teruskan usaha dakwah seperti ini.

btw, alfu syukran dik, sudi jenguk dan follow blog akak =)

#oh ya, korang still sekolah lg kan? sbb tu bahaskan diri 'akak' heh~

er..kalau salah minta maaf.

~salam dr negeri bawah bayu~

Anonymous said...

mantap!!
mohon copy untuk blog ana.. :)

Post a Comment

Syukran kerana membaca.Kalau xpuas hati ke,nk tambah ke..Bolehla komen kat ruangan ni..Tafaddhal

Blogger Wordpress Gadgets