23 April 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Salam~~Entry ana kali ni : UTK

Tersebutlah satu kisah seorang budak lelaki(banin) berumur 12 tahun di suatu negara yang mundur...tak tau la negara apa . Banin tersebut bekerja di sebuah stesen minyak... Dia bekerja bersungguh-sungguh untuk menyara adik2nya krna ibu bapanya telah meninggal dunia... Maka pada suatu hari..kemarau telah melanda negara tersebut... Banin itu mencari air untuk mendapatkan tenaganya semula..Dia memasuki office stesen minyak tersebut(tempat dia kerja)...Dia ternampak setangki air mineral (tangki yang boleh tampung air 12liter je).. Ketika dia ingin meminum air tersebut... Seorang jurutera stesen minyak tersebut memarahinya kerana hanya staff2 atasan stesen minyak tersebut sahaja yang boleh meminumnya.. Maka si banin tersebut terkedu dengan sikap jurutera tersebut..
Dia berhenti bekerja dan sambung belajar(tak taula camne bleh belajar) sehingga peringkat Ph.d yang bermajorkan pengurusan stesen minyak... Dia berusaha bersungguh-sungguh walaupun IQnya xlah sebijak mana pun...Setelah beberapa tahun belajar..Maka dia telah berjaya menjadi pengurus syarikat stesen minyak di situ..Maka pada suatu hari jurutera yang pernah memarahinya datang untuk meminta cuti 1 hari...Sebelum dia(jurutera) meminta cuti..Dia meminta maaf kepada pengurusnya itu kerana memarahinya satu ketika dahulu... Ianya adalah kerana dia tidak suka melihat status orang yang miskin&naif...Si pengurus berterima kasih kpd jurutera tersebut kerana dia(jurutera)-lah yang telah memberikan azam serta semangat yang tinggi untuk beliau(pengurus) berjaya..


Kesimpulan:
1-Janganlah kita memburukkan serta tidak menyukai seseorang yang miskin statusnya serta x kiralah siapa pun yang semasyarakat dengan kita
2-Berusahalah bersungguh-sungguh serta kuatkan azam untuk berjaya walaupun kita tidaklah bijak mana yang disangkakan...Usaha adalah tangga kejayaan...Janganlah jemu menuntut ilmu kerana ianya disebut sebagai-learning is a never ending process
3-Haruslah kita memaafi orang lain walaupun dia telah memburukkan kita...


Sekian,Wsalam..

21 April 2011

Keberanian Ingin Berubah

Salam diucapkan kepada semua pengunjung...Entry ana kali ini bertajuk Keberanian Utk Berubah...


Tajuk yang ingin dibincangkan ini samalah seperti perumpamaan seekor burung helang...Mari kita baca dulu perumpamaan ini~~

Seekor helang..jika kita tengok dia betul-betul.... Ia merupakan seekor burung yang sangat hebat...Seekor helang boleh hidup lama dari yang dijangkakan iaitu 70 tahun...


Tetapi jika kita tengok..Kebanyakan burung helang mati dlam umur lingkungan 40 tahun...
Dalam kajian saintifik....Seekor burung helang..apabila telah mencapai umur +-(lebih kurang) 40 tahun... dia menjadi lemah..


Paruhnya memanjang sehingga hampir Tersentuh dadanya....Kukunya semakin tumpul,lemah dan tidak bertenaga....Badannya dipenuhi dengan bulunya sehingga berat badannya...ini membuatkan sayapnya lemah...


Si helang hanya mempunyai 2 pilihan..antaranya: 1.menunggu masa utk mati...ataupun 2.  proses tranformasi yang amat seksa utk hidup....


Si helang...Jika ia menggunakan proses tranformasi...Si helang mestilah terbang ke atas gunung....Di pinggir gunung itu....Si helang mengambil masa selama 150 hari utk menjalani proses tranformasi...Si helang akan mematuk paruhnya pada batu di pinggir gunung itu sehingga tercabut paruhnya..Ia akan menunggu seberapa lama untuk paruhnya yang baru akan tumbuh....


Selepas tumbuh paruhnya yang baru... Si helang menggunakan paruhnya yang baru itu untuk mencabut kuku kakinya....Dan menunggu kukunya tumbuh semula...Selepas kukunya tumbuh...Ia menggunakan kukunya untuk mencabut bulu-bulu di badannya....Bulunya tumbuh setelah beberapa lama...
Si helang menunggu dengan lama untuk melakukan proses tranformasi tersebut...


Kita boleh membayangkan betapa sakitnya serta betapa seksanya proses tranformasi tersebut....Tetapi si helang berani melakukan perubahan pada dirinya...


Kesimpulan:
Kita janganlah takut untuk berubah serta berani berubah...Ianya pastinya menyeksakan dan amatlah sakit...
Itulah kesusahan yang dihadapi jika kita ingin berubah...Segala rintangan dihadapi....mestilah kita tabah menghadapinya....Kita juga mestilah berusaha dan bersungguh serta ikhlas jika kita ingin berubah..Tentunya ia mengambil masa yang lama...Tetapi jika hati yang tabah menghadapinya....Insyaallah....Kita akan berjaya berubah....


Sekian saja dari ana:(adik pembuat blog nih)


Sebab blogmaster ada qiam..


Wsalam....

Blogger Wordpress Gadgets